KUALA KANGSAR: Seorang lelaki ditahan polis selepas memandu secara melulu hingga mengakibatkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain dalam cubaan melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kuala Kangsar Manong, lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner (ACP) Omar Bakhtiar Yaacob berkata, suspek berusia 37 tahun yang memandu tanpa lesen serta cukai jalan tamat tempoh berjaya ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira dua kilometer.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, suspek yang memandu Proton Saga Iswara dari arah Manong menghala Kuala Kangsar berhenti di bahu jalan berdekatan SJR berdekatan simpang kawasan perumahan Highland Park bagi mengelak pemeriksaan oleh anggota polis.
“Suspek kemudian bertindak memecut masuk ke kawasan perumahan itu sewaktu polis cuba menghampirinya. Beberapa kereta peronda polis bergegas mengejarnya sebelum kereta yang dipandu merempuh sebuah motosikal ditunggang seorang wanita.
“Sesudah merempuh motosikal itu, suspek masih enggan menghentikan keretanya, menyebabkan usaha mengejarnya terus dilakukan. Bahkan dalam cubaannya meloloskan diri, suspek turut bertindak melanggar bahagian belakang satu daripada kereta peronda polis yang memotong laluannya” katanya.
Menurut ACP Omar Bakhtiar, sejurus melanggar kereta peronda polis, suspek mengundurkan kereta dan cuba merempuh sebuah lagi kereta peronda yang berada di belakangnya namun sempat dielak menyebabkan kereta suspek terbabas ke longkah bahu sebelah kanan jalan.
Katanya, suspek bagaimanapun terus bertindak memecut kenderaannya hingga dia akhirnya berjaya ditangkap di Kampung Sungai Siput Hulu berdekatan kawasan perumahan Chandan Putri, Kuala Kangsar.
“Pemeriksaan ke atas suspek yang berasal dari Sungai Siput dan merupakan seorang peniaga secara kecil-kecilan itu mendapati dia tidak ada bahan salah di dalam kereta yang dipandunya. Saringan air kencing juga mendapati suspek bebas dari pengaruh dadah.
“Bagaimanapun siasatan awal mendapati suspek tiada lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh. Semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod tangkapan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, selain lapan saman atas pelbagai kesalahan,” katanya.
Menurut beliau, penunggang motosikal berumur 25 tahun yang dilanggar suspek patah pergelangan tangan kanan dan luka kecil di badan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager