Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS CEDERA DILANGGAR KERETA PENJENAYAH, SUSPEK BERJAYA DIBERKAS

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS CEDERA DILANGGAR KERETA PENJENAYAH, SUSPEK BERJAYA DIBERKAS

Seorang anggota polis cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dalan kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa, Klang pada 2.30 petang semalam.

Sumber: Media Sosial

KLANG: Seorang anggota polis cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dalan kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa, Klang pada 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, ketika kejadian anggota terbabit dalam usaha melakukan tangkapan terhadap suspek yang terlibat kes samun di Subang Jaya.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan melanggar dan hampir menggilis kaki anggota polis terbabit serta melanggar kereta yang digunakan pihak polis sebelum memandu melawan arus masuk ke jalan besar menghala Shah Alam.

“Suspek bertindak meninggalkan keretanya di tepi jalan Persiaran Sultan Ibrahim sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bertindak atas maklumat, polis kemudian berjaya menahan suspek di sekitar Bandar Bukit Tinggi, Klang pada jam 12.45 tengah malam, Khamis.

“Suspek mempunyai 20 rekod jenayah dan lima rekod dadah lampau dan kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh,” tambahnya.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 1 minit 17 saat dirakam orang awam di lokasi kejadian yang menunjukkan kenderaan suspek melarikan diri dan meninggalkan mangsa dalam keadaan terbaring.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading