Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANGGOTA POLIS CEDERA DITETAK INDIVIDU DISYAKI KURANG SIUMAN

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS CEDERA DITETAK INDIVIDU DISYAKI KURANG SIUMAN

Seorang anggota polis cedera akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan di Kuantan, Pahang semalam.

Sumber: BERNAMA

KUANTAN: Seorang anggota polis cedera akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan di sini semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kejadian itu mengakibatkan Koperal Mohd Shafril Izzwan Ismail, 37, yang bertugas di balai polis Panching mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, dagu serta jari tangan kiri.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang semasa sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung tindakan seorang lelaki yang mengamuk bersenjatakan parang di rumah berkenaan.

“Semasa menjalankan tugas untuk mententeramkan keadaan, Mohd Shafril telah diserang oleh suspek dengan senjata berkenaan. Anggota itu kemudian telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini dirawat di Zon Kuning,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah membuat tangkapan terhadap suspek berusia 37 tahun yang tidak bekerja serta dipercayai mengalami masalah mental. 

“Polis juga telah merampas beberapa bilah senjata tajam di lokasi kejadian dan suspek turut dirujuk ke Wad Psikiatri HTAA bagi tujuan pemeriksaan kesihatan mental,” katanya.

Bagaimanapun, suspek berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading