KUALA LUMPUR: Dua wakil Malaysia akan memperdengarkan bacaan hafazan di pada hari pertama Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-65.
Dua wakil Malaysia itu adalah Muhammad Adib Ahmad Rozaini dari Perak dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif dari Kelantan.
Hari pertama kategori Hafazan hari ini akan memperdengarkan bacaan dari lapan peserta dari negara Qatar, Sudan, Ghana, Mali, Malaysia, Libya dan Ivory Coast.
MTHQA 2025 kali ini disertai 71 peserta dari 49 buah negara untuk kategori Tilawah dan Hafazan, yang berlangsung bermula 2 Ogos hingga 9 Ogos, di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Siaran langsung juga boleh disaksikan di TV AlHijrah saluran 114, platform digital TV AlHijrah dan Berita AlHijrah, serta aplikasi AlHijrah Plus.—AlHijrah Online