DALAM NEGARA
ANWAR YAKIN PH DAPAT RAMPAS KERUSI PARLIMEN BAGAN DATUK
Pakatan Harapan (PH) yakin dapat merampas kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Pakatan Harapan (PH) yakin dapat merampas kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

BAGAN DATUK: Pakatan Harapan (PH) yakin dapat merampas kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana calon PH iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah mengalahkan bekas Ketua Menteri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, kini Yang Dipertua Negeri, di Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU-14.
“Walaupun (keyakinan untuk mengalahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tidak terlalu tinggi tetapi kalau kita dapat undi mencukupi daripada (kaum) Melayu, India dan Cina di sini, kita akan lakar sejarah di Bagan Datuk,” katanya.
Anwar, yang bertanding di Parlimen Tambun, berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Harapan bersama calon PH bagi kerusi Bagan Datuk di Arena Selekoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk sejak 1995, turut dicabar calon Perikatan Nasional Dr Muhammad Faiz Na’aman dan calon Bebas Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam untuk tidak...
AGC berkata, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif...
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42...
Mohamad memberi jaminan bahawa stok beras negara ketika ini adalah mencukupi untuk tempoh enam bulan dan...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Najib...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)