Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAKON ZUL HUZAIMY DISIASAT KELUAR KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN, UGUTAN

DALAM NEGARA

PELAKON ZUL HUZAIMY DISIASAT KELUAR KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN, UGUTAN

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung video berkenaan pelakon Zul Huzaimy yang disyaki mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung video berkenaan pelakon Zul Huzaimy yang disyaki mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kes tersebut dalam kendalian Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini, Zul dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan hasratnya untuk menyembelih ‘kafir harbi’ di Malaysia, menerusi penularan satu video berdurasi dua minit 20 saat, semasa dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 Nov lepas.

Dalam video tersebut beliau menyatakan sekiranya tiada undang-undang, sudah lama dirinya akan menyembelih orang kafir harbi di Malaysia.

Bagaimanapun, Zul baru-baru ini telah menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan maksud sebenar isu berkenaan dalam satu video menerusi akaun Instagram.

Jelasnya kafir harbi yang dimaksudkannya adalah musuh Islam yang nyata, yang benci Islam, suka perkauman serta tidak membenarkan azan berkumandang terlalu kuat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading