Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI: 25 HOSPITAL TANGANI KES KORONAVIRUS

DUNIA

ARAB SAUDI: 25 HOSPITAL TANGANI KES KORONAVIRUS

RIYADH: Sebanyak 25 hospital di Arab Saudi dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan bagi menangani kes koronavirus yang mungkin dikesan di negara itu, demikian menurut laporan Xinhuanet.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Mohammed Abdeali memberitahu pemberita di Riyadh, bahawa 2,200 katil didedikasikan khusus bagi kes kuarantin dan negara itu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Abdelali berkata, setakat ini, tiada kes koronavirus dikesan di negara itu dan aktiviti perdagangan tidak terkesan dan berjalan seperti biasa.

Khamis lalu, Arab Saudi mengumumkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak itu ke tanah suci.

Arab Saudi menggantung sementara kemasukan pelawat asing ke negara itu dengan tidak mengeluarkan visa umrah atau visa pelancong kepada individu daripada negara terjejas wabak itu. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading