Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI PERKENAL E-SISTEM “REFUND” BAYARAN UMRAH

DUNIA

ARAB SAUDI PERKENAL E-SISTEM “REFUND” BAYARAN UMRAH

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan e-sistem bagi pemulangan semula bayaran umrah berikutan keputusannya menggantung sementara kemasukan jemaah umrah ekoran kebimbangan penularan wabak koronavirus.

Agensi berita Anadolu melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataannya semalam berkata, pembayaran semula itu boleh dituntut melalui agensi pengembaraan di negara masing-masing.

Khamis lalu, pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan larangan sementara kemasukan jemaah umrah ke tanah suci bagi membendung penularan wabak penyakit itu.

Dikenali sebagai COVID-19, wabak penyakit itu telah merebak di lebih 30 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Belanda dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan penularan wabak itu sebagai kecemasan global, meningkatkan tahap amaran kepada “amat tinggi” pada Jumaat lalu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading