Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ARAB SAUDI IKTIRAF SUMBANGAN TH DALAM PENGURUSAN KORBAN DAN DAM

top 10

ARAB SAUDI IKTIRAF SUMBANGAN TH DALAM PENGURUSAN KORBAN DAN DAM

Adahi yang diselia The Royal Commission for Makkah City and Holy Sites merupakan inisiatif Kerajaan Arab Saudi bagi menyelaras pelaksanaan ibadah korban, dam, fidyah, sedekah dan akikah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi mengiktiraf sumbangan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam menjayakan pengurusan ibadah korban dan dam sepanjang musim haji 1447H/2026M.

Pengiktirafan menerusi The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilization of Hady & Adahi (Adahi) itu diberikan atas kerjasama dan sumbangan Malaysia dalam memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah berkenaan di Tanah Suci.

Adahi yang diselia The Royal Commission for Makkah City and Holy Sites merupakan inisiatif Kerajaan Arab Saudi bagi menyelaras pelaksanaan ibadah korban, dam, fidyah, sedekah dan akikah.

Menerusi tujuh kompleks pemprosesan bersepadu di Makkah, setiap peringkat pelaksanaan ibadah berkenaan diuruskan secara sistematik, bermula daripada pemeriksaan haiwan, penyembelihan mengikut ketetapan syarak sehingga proses penyejukan, pembungkusan dan pengagihan.

Hasil sembelihan itu terlebih dahulu diagihkan kepada penerima yang layak di kawasan Tanah Haram sebelum lebihan bekalan disalurkan kepada golongan memerlukan di lebih 27 negara di seluruh dunia.

Antara negara penerima termasuk Palestin, Sudan dan Bangladesh. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in top 10

To Top