Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PUKUL WARGA EMAS HINGGA MAUT, TIGA INDIVIDU DIREMAN ENAM HARI

DALAM NEGARA

PUKUL WARGA EMAS HINGGA MAUT, TIGA INDIVIDU DIREMAN ENAM HARI

Sebelum ini polis menerima laporan berkenaan video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia pada 4 November.

 

SEREMBAN: Seorang lelaki dan dua wanita direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata reman sehingga 18 November depan terhadap ketiga-tiga individu berusia berusia 28 hingga 34 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata kesemua individu berkenaan mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia lingkungan 60-an.

Beliau berkata polis menerima laporan berkenaan video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia pada 4 November. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top