Connect with us

ALHIJRAH NEWS

AS: 49 KES E. COLI DIPERCAYAI BERPUNCA DARI BURGER MCDONALD’S, SATU KEMATIAN DIREKODKAN

DUNIA

AS: 49 KES E. COLI DIPERCAYAI BERPUNCA DARI BURGER MCDONALD’S, SATU KEMATIAN DIREKODKAN

Daripada 28 orang yang terjejas, 10 dimasukkan ke hospital dan seorang pesakit mengalami komplikasi serius yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

LOS ANGELES: Wabak E. coli yang dikaitkan dengan burger Quarter Pounder dari McDonald’s menyebabkan 49 kes jangkitan di Amerika Syarikat, termasuk satu kematian, menurut laporan agensi kesihatan negara pada Selasa.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memaklumkan bahawa kes-kes itu dilaporkan di 10 negeri, dengan majoriti berlaku di Colorado dan Nebraska, lapor Xinhua.

Daripada 28 orang yang terjejas, 10 dimasukkan ke hospital dan seorang pesakit mengalami komplikasi serius yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Seorang warga emas di Colorado meninggal dunia akibat jangkitan itu.

Kebanyakan pesakit melaporkan mereka telah makan burger Quarter Pounder dari McDonald’s, menurut CDC.

Siasatan sedang dilakukan untuk menentukan komponen makanan yang tercemar.

Agensi itu juga menekankan bahawa jumlah sebenar kes mungkin lebih tinggi kerana ada yang telah pulih tanpa menerima rawatan dan tidak diuji untuk E. coli.

Kes-kes baharu mungkin belum dilaporkan kerana mengambil masa beberapa minggu untuk disahkan.

McDonald’s menghentikan penggunaan bawang hiris dari satu pembekal tertentu yang menyediakan bahan berkenaan ke tiga pusat pengedaran, sebagai langkah berjaga-jaga.

 Selain itu, burger Quarter Pounder dikeluarkan sementara dari menu di beberapa negeri termasuk Colorado, Kansas dan Utah, serta beberapa bahagian lain seperti Idaho dan Nebraska.

Selepas pengumuman itu, saham McDonald’s merudum lebih sembilan peratus dalam perdagangan selepas waktu pejabat pada Selasa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading