SUNGAI BULOH: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas rebah secara tiba-tiba di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian melibatkan penuntut semester satu itu, Muhammad Faiz Mohd Sazali, 20, pada jam 10.13 malam.
“Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar pukul 5 petang, waktu itu mangsa secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR), tambahnya.—AlHijrah Online