Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUDM NAFI DENTUMAN KUAT DI IPOH BERPUNCA DARIPADA ‘SONIC BOOM’

DALAM NEGARA

TUDM NAFI DENTUMAN KUAT DI IPOH BERPUNCA DARIPADA ‘SONIC BOOM’

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh, Perak pagi semalam berpunca daripada dentuman sonik (sonic boom) pesawat pejuang tentera.

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh, Perak pagi semalam berpunca daripada dentuman sonik (sonic boom) pesawat pejuang tentera.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang TUDM mahupun pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara di sekitar kawasan dan masa kejadian tersebut.

“Pihak TUDM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk melaksanakan siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima maklumat kejadian terbabit pada 11.06 pagi dan semakan dengan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan pada hari berkenaan.

Sementara itu, semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum 12 tengah hari semalam.

Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mendapati tiada sebarang aktiviti seismik di daerah Kinta walaupun gempa bumi dilaporkan berlaku di Halmahera, Indonesia, 11.24 pagi hari kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading