PERUNTUKAN RM2 BILION UNTUK HAL EHWAL ISLAM BUKTI ILTIZAM KERAJAAN MADANI
KUALA LUMPUR: Peruntukan berjumlah RM2 bilion untuk hal ehwal Islam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 mencerminkan iltizam jitu Kerajaan MADANI terhadap usaha pemerkasaan agama Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama
KUALA LUMPUR: Peruntukan berjumlah RM2 bilion untuk hal ehwal Islam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 mencerminkan iltizam jitu Kerajaan MADANI terhadap usaha pemerkasaan agama Islam.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata peruntukan yang disalurkan untuk memperkukuh institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz, dan sekolah agama rakyat adalah langkah yang sangat dialu-alukan.
“Langkah ini tidak hanya dapat memperkukuh pendidikan Islam, tetapi juga dilihat dapat memperluas jangkauan syiar Islam kepada masyarakat Malaysia.
“Melalui usaha bersama, kita dapat membangunkan masyarakat berakhlak dan berilmu, selaras dengan gagasan Malaysia MADANI yang juga seiring dengan tuntutan Islam yang menekankan aspek pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, beliau berkata penggunaan konsep wakaf bagi meningkatkan syiar Islam melalui hasrat kerajaan untuk meluncurkan ikhtiar wakaf al-Quran dengan mencetak sejuta naskhah al-Quran dalam pelbagai bahasa untuk edaran di seluruh dunia adalah bertepatan dengan waktu.
Mohamed Azam berkata melalui usaha itu, pihaknya berharap agar kesalahfahaman terhadap Islam dalam kalangan segelintir masyarakat dunia dapat diperbetulkan.
“Pada masa sama, kami di IKIM akan berkerjasama dengan agensi-agensi Islam lain bagi membantu pihak kerajaan mengekang pemikiran yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Aliran pemikiran yang menyeleweng ini jika tidak dibendung daripada awal dikhuatiri akan mengganggu gugat keharmonian dan keutuhan perpaduan umat Islam di negara ini,” katanya.
Beliau berkata secara keseluruhan, IKIM menyokong sepenuhnya semua usaha kerajaan dalam meningkatkan syiar Islam yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 termasuk inisiatif berkaitan dengan kewangan Islam, pemerkasaan konsep wakaf dan industri halal.
“IKIM berharap semua inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Sebagai sebuah institut berperanan dalam memberi kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat, kami mengalu-alukan usaha-usaha kerajaan dalam memperkasa dan meningkatkan syiar Islam di negara ini,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests