22 INDIVIDU TERMASUK CEO GISBH DIDAKWA AHLI JENAYAH TERANCANG
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Turut didakwa anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmimi bersama 19 individu lain.
Individu lain yang didakwa ialah Mohd Shukri Mohd Noor, Muhammad Afdaluddin Latif, Mohamad Sayuti Omar, Mohd Fazil Md Jasin, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, Mokhtar Tajuddin, Muhammad Fajrul Islam Khalid, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, Shuhaimi Mohamed, Hasnan Abd Hamid dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri.
Turut dituduh ialah Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, Nur Jannah Omar, Hamimah Yakub, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, Nurul Jannah Idris, Siti Salmiah Ismail, Siti Hajar Ismail dan Mahani Kasim.
Tiga belas lelaki dan sembilan wanita itu menyatakan mereka faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang, di sini pada Oktober 2020 hingga 11 Sept 2024.
Mereka yang berumur antara 27 dan 72 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ali memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan kes.
Peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili kesemua tertuduh berkata pihaknya memohon untuk mendapatkan pandangan mahkamah berhubung permohonan jaminan terhadap kesemua anak guamnya.
“Oleh kerana kes ini melibatkan satu pertuduhan dalam jadual Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan ia akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dipindahkan, pihak kami mohon untuk mendapatkan panduan sama ada permohonan jaminan layak didengar di mahkamah ini atau di Mahkamah Tinggi,” katanya yang mengetuai barisan peguam.
Bagaimanapun, Hakim Lailatul Zuraida berkata permohonan jaminan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi dan menetapkan 23 Dis ini untuk sebutan kes.
Sementara itu, Rosli berkata pihaknya memohon agar seorang anak guamnya iaitu Siti Salmiah diberikan rawatan kerana mengalami masalah kesihatan dan permohonan itu dibenarkan oleh hakim.
“Mana-mana tertuduh yang mengalami masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan,” kata Lailatul Zuraida.
Sebelum pertuduhan dibacakan terhadap Siti Salmiah, wanita itu dilihat batuk tanpa henti sambil menahan muntah menyebabkan anggota polis yang bertugas di mahkamah memberikan bantuan kepadanya.
Pada prosiding hari ini, Rosli dibantu peguam Zaim Rosli, Dorina Abdullah, Bestaman Ahmad dan M Hafiz Zainal Abidin manakala barisan pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.
Kesemua tertuduh tiba di mahkamah pada 9.30 pagi menaiki dua trak polis diiringi beberapa kenderaan pacuan empat roda dan kereta peronda polis serta dikawal ketat lebih 50 anggota dari pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Pada 10 Okt lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin memaklumkan pemimpin tertinggi GISBH itu antara 58 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.
Ditemui pemberita selepas prosiding, Rosli berkata pihaknya akan mengemukakan representasi bagi mencabar pertuduhan dihadapi kesemua tertuduh.
“Kami akan melihat sekiranya terdapat pertuduhan lain selepas ini dan pihak pembelaan akan melawan segala tohmahan,” kata peguam itu yang turut memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan anak guam bagi mendapatkan arahan lanjut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager