BAPA PENYERANG BALAI POLIS ULU TIRAM DIDAKWA SOKONG DAESH, MILIKI SENJATA API
Bapa kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada Mei lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas tiga pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan dan memiliki senjata api berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada Mei lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan dan memiliki senjata api berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Dalam pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan pengetahuan telah menggalakkan perbuatan pengganas dengan cara menanamkan fahaman ideologi Daesh kepada empat anaknya Radin Luqman, Radin Romyullah, Farhah Sobrina, Mariah dan isterinya Rosna Jantan di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor pada penghujung 2014 hingga 17 Mei 2024.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130JG(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, lelaki itu didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas dengan menyimpan empat pucuk senjata api iaitu senapang angin buatan sendiri untuk menjalankan aktiviti kumpulan Daesh dan dia juga didakwa telah memberi sokongan dengan cara berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 10.45 pagi, 17 Mei 2024 dan penghujung 2014 mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 40 tahun atau denda, dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Dihadapan hakim sama, anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan kesalahan-kesalahan berkaitan Seksyen 130J(1)(a) dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan peguam Fatima Zulaikha Ahmad Bashri mewakili kedua-dua tertuduh.
Dalam serangan di balai polis itu pada 17 Mei, dua konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak selepas diserang seorang lelaki yang akhirnya ditembak mati dalam insiden tersebut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager