GISBH: PANDANGAN HUKUM AJARAN DIPERSEMBAH KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA HARI INI, ESOK
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membentangkan kajian menimbang dan memutuskan pandangan hukum berkaitan ajaran diamalkan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kepada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 Sept lepas.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membentangkan kajian menimbang dan memutuskan pandangan hukum berkaitan ajaran diamalkan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kepada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 Sept lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata keputusan pandangan hukum berkenaan telah diperkenankan oleh Pengerusi MKI Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan seterusnya akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja yang dijadual bersidang hari ini dan esok.
“Hingga kini, enam negeri telah membuat ketetapan hukum berkaitan GISBH,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu langkah drastik kerajaan untuk menghapuskan Tarekat Aurad Muhamadiyah yang masih diamalkan sedangkan telah difatwakan sesat pada 1994.
Zulkifli berkata berdasarkan pemerhatian JAKIM, Tarekat Aurad Muhamadiyah masih diamalkan pengikut kerana beberapa faktor antaranya pengamalan tarekat secara tersembunyi serta sukar dikesan dan pengaruh bekas pengasas Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad yang masih kuat dalam kalangan pengikut walaupun selepas fatwa dikeluarkan.
Beliau berkata JAKIM akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam termasuk ahli GISBH melalui pembudayaan ilmu, pentarbiyahan dan program pengukuhan akidah yang komprehensif dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri.
“Langkah drastik kerajaan untuk menghapuskan tarekat ini ialah menerusi operasi secara bersepadu bersama agensi persekutuan dan agensi negeri termasuk Polis Diraja Malaysia dalam siri Op Global dengan melibatkan perundangan yang berbeza.
“Di peringkat negeri penyelarasan Op Global turut melibatkan penguat kuasa agama negeri-negeri dan melalui Op Global ini banyak bahan bukti terkait akidah diperoleh,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai tindakan susulan selepas Op Global, Zulkifli berkata kerajaan juga sedang memantau beberapa ajaran lain yang didapati berkemungkinan sesat, dengan bantuan kementerian dan agensi berkaitan.
“Kita sedang memantau secara dekat. Ada lapan ajaran di seluruh negara yang kini dipantau secara komprehensif, selain 12 ajaran lagi kita sedang buat risikan dan siasatan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga telah mengaktifkan Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager