TVET DIPERLUAS PASTIKAN TENAGA KERJA MAMPU KENDALI TEKNOLOGI CANGGIH – PM ANWAR
Kerajaan sedang memperluas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan tenaga kerja Malaysia mampu mengendalikan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meluangkan masa melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2024 dan BuildXpo 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Turut sama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan).
Gambar Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperluas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan tenaga kerja Malaysia mampu mengendalikan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil menyatakan kemajuan teknologi sahaja tidak mencukupi dan mengakui kekurangan tenaga kerja mahir, beliau berkata kerajaan komited untuk menangani isu berkenaan melalui program latihan yang mantap dan inisiatif peningkatan kemahiran.
“Inilah cara Malaysia akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja mahir,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2024 di sini hari ini.
Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Setakat September 2024, Anwar berkata lebih 1.12 juta kakitangan telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang merupakan bukti profesionalisasi tenaga kerja.
Mengenai program berkenaan, Perdana Menteri berkata tema Envisioning the Future of Construction, bukan sahaja tepat pada masanya tetapi juga merupakan seruan jelas untuk memanfaatkan peluang besar bagi sektor pembinaan Malaysia dan ekonomi yang lebih luas.
Beliau berkata dunia berada di puncak era baharu dalam pembinaan dengan pendigitalan, kelestarian dan kerjasama akan menjadi pemacu utama kejayaan.
“Bersama-sama kita boleh memastikan Malaysia bukan sahaja kekal sebagai peneraju serantau tetapi muncul sebagai kuasa global dalam pembinaan, menetapkan piawaian untuk inovasi dan kecemerlangan,” katanya.
Acara anjuran CIDB malaysia, Kementerian Kerja Raya dan Qube Integrated yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dijangka menarik 15,000 pengunjung termasuk peneraju industri dan inovator dari seluruh dunia.
Menurut CIDB, BuildXpo 2024 menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada pemain industri terkemuka, dengan 500 reruai dan 200 peserta pameran memenuhi ruang pameran berkeluasan hampir 10,000 meter persegi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Selain pameran, ICW 2024 turut menganjurkan siri persidangan, termasuk Sidang Kemuncak Bandar Masa Depan dan Conference on Conflict Avoidance and Dispute Resolution. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked