KONFLIK LUBNAN: KERAJAAN SEDIA PELAN EVAKUASI JIKA PBB PUTUSKAN MALBATT BERUNDUR
Kerajaan telah bersedia dengan pelan evakuasi sekiranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) memutuskan untuk mengeluarkan pasukan misi pengaman di Lubnan termasuk Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11, susulan ketegangan di negara tersebut.
REMBAU: Kerajaan telah bersedia dengan pelan evakuasi sekiranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) memutuskan untuk mengeluarkan pasukan misi pengaman di Lubnan termasuk Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11, susulan ketegangan di negara tersebut.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya telah berbincang dengan PBB berhubung perkara itu dan sebarang keputusan untuk berundur atau sebaliknya memerlukan mandat pertubuhan dunia tersebut kerana Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di bawah panji-panji PBB.
“Kita telah menyuarakan supaya Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melihat keberadaan UNIFIL di Lubnan untuk kita buat gerak kerja bila nak keluarkan (MALBATT), Malaysia tak boleh secara unilateral membawa keluar anggota…PBB akan membuat pengunduran secara bersama.
“Kementerian Luar telah bincang dan hanya menunggu masa, sebaik sahaja kita mendapat mesej daripada pegawai pemerintah di Lubnan, bila sahaja mereka mengatakan perlu dikeluarkan maka gerakan untuk evakuasi tentera pengaman PBB termasuk Malaysia akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 penerima di Parlimen tersebut termasuk kepada persatuan, rumah ibadah, sekolah dan mahasiswa keseluruhan berjumlah RM129,000.
Mohamad berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan keselamatan lebih 800 anggota MALBATT 850-11 dan wakil tetap Malaysia ke PBB sentiasa berbincang, dengan sebarang keputusan berhubung situasi di Lubnan akan dimaklumkan kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF).
“Buat masa ini belum ada (keputusan) tapi modus operandi, pelan evakuasi semua dah siap termasuk nak bawa ke mana dan sebagainya. Ini adalah di bawah kuasa PBB bukan kehendak negara secara bersendirian, kita tak boleh buat…kalau nak buat boleh tapi akan berbelanja besar dan tidak ada jaminan semasa evakuasi, jika berlaku apa-apa tiada yang akan melindungi kita,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata isu perubahan iklim dan jurang kemiskinan antara negara kecil antara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa.
“Saya juga akan membawa suara Malaysia iaitu menyatakan bahawa (suara) negara Komanwel mesti kedengaran, kalau tidak orang fikir Komanwel macam dah tak ada. Saya juga nak supaya negara Komanwel memperjuangkan soal hak asasi dan genosid di Gaza.
“Kalau dahulu kita boleh menamatkan dasar apartheid di Afrika Selatan, mengapa tidak lakukan perkara sama di Palestin…jadi saya wakil kepada Perdana Menteri bawa suara Malaysia untuk pastikan keberadaan Komanwel dapat dirasai dunia,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked