Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS KENAKAN SEKATAN KE ATAS SEKTOR PEMBINAAN IRAN, DIKAITKAN DENGAN PROGRAM PELURU BERPANDU

DUNIA

AS KENAKAN SEKATAN KE ATAS SEKTOR PEMBINAAN IRAN, DIKAITKAN DENGAN PROGRAM PELURU BERPANDU

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan ke atas sektor pembinaan Iran dan bahan tertentu yang digunakan dalam program peluru berpandu balistik serta ketenteraan negara itu, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS Morgan Ortagus dalam satu siaran akhbar.

“Pada masa yang sama, Setiausaha (Negara Mike Pompeo) membuat dua pengesahan berhubung implikasi sekatan itu mengikut Seksyen 1245 Akta Pencegahan Proliferasi dan Kebebasan Iran 2012 (IFCA).

“Pertama, mengenal pasti sektor pembinaan Iran sebagai dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan kedua mengenal pasti empat bahan strategik yang digunakan berkaitan program nuklear, ketenteraan atau peluru berpandu balistik Iran,” menurut siaran akhbar itu pada Khamis.

Berdasarkan kesemua pengesahan ini, “Amerika Syarikat akan mempunyai kuasa tambahan untuk menghalang Iran daripada memperoleh bahan strategik terbabit untuk IRGC, sektor pembinaan dan program proliferasinya,” katanya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading