Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAESH UMUM PENGGANTI AL-BAGHDADI

DUNIA

DAESH UMUM PENGGANTI AL-BAGHDADI

ABU IBRAHIM AL-HASHIMI AL-QURAISHI : SUMBER FOTO BBC

DAMSYIK : Daesh mengumumkan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Quraishi sebagai pemimpin baru kumpulan militan itu.

Pengumuman itu susulan kematian Abu Bakr al-Baghdadi di tangan tentera elit Amerika Syarikat (AS) dalam operasi khas di Idlib, Syria pada Ahad lalu.

Daesh turut mengesahkan kematian jurucakap mereka, Abu Hassan al-Muhajir dalam satu serbuan lain.

Kumpulan itu, menerusi jurucakap barunya, Abu Hamza al-Quraishi turut memberi amaran kepada AS bahawa penyokongnya akan membalas dendam di atas kematian al-Baghdadi.

Al-Baghdadi yang menjadi buruan AS sejak sekian lama telah beberapa kali dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. — Agensi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading