Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN BERJAYA HALANG ZIONIS RAMPAS TANAH DI SALFIT

DUNIA

PALESTIN BERJAYA HALANG ZIONIS RAMPAS TANAH DI SALFIT

RAMALLAH : Biro Perundangan Palestin berjaya menggagalkan cubaan Israel merampas beberapa bidang tanah di wilayah Salfit di Tebing Barat.

Rejim Zionis sejak sekian lama menyasarkan kawasan di Khelat Hassan sebuah pekan kecil di Biddya bagi tujuan memperluas penempatan haram Yahudi.

Ketua Jawatankuasa Penentangan Tembok Pemisah dan Hak Palestin, Waleed Assaf berkata, pihaknya menyelamatkan tanah seluas 14.16 hektar daripada jatuh ke tangan Israel menerusi saluran undang-undang yang dilihat mustahil memihak kepada mereka.

Difahamkan, terdapat lebih 25 penempatan haram dan pos pemeriksaan di Salfit dan pihak berkuasa Israel sentiasa memikirkan jalan untuk memperluas jajahannya di kawasan tersebut. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading