BANGKAI IKAN PAUS DITEMUKAN TERDAMPAR DI PANTAI SUNGAI MIANG
Haiwan daripada kumpulan mamalia laut itu yang sebahagiannya terbenam di dalam pasir, dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.
KUANTAN: Bangkai seekor ikan paus dianggarkan berukuran lebih 10 meter panjang ditemukan dalam keadaan mereput, terdampar di Pantai Sungai Miang, Pekan, semalam.
Haiwan daripada kumpulan mamalia laut itu yang sebahagiannya terbenam di dalam pasir, dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam kenyataan memaklumkan Jabatan Perikanan Negeri Pahang menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bangkai paus yang terdampar di pantai itu.
“Bertindak atas maklumat, pasukan daripada Pejabat Perikanan Negeri Pahang bersama Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang (RA), Terengganu telah turun ke lokasi untuk meninjau keadaan bangkai berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati bangkai paus itu telah lama mereput, menyebabkan kesukaran dalam proses pengecaman spesies. Oleh itu, pasukan IPPRA akan mengambil sampel bagi menjalankan analisis eDNA untuk menentukan spesies dengan lebih tepat,” menurut kenyataan itu.
DOF menjelaskan berdasarkan keadaan bangkai haiwan mamalia itu, spesies yang dianggarkan adalah daripada jenis Bryde atau Fin.
“Pihak Jabatan Perikanan ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat mengenai penemuan ini. Kerjasama sebegini amat penting dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan marin di perairan negara.
“Untuk makluman, di bawah Akta Perikanan 1985, spesies paus dilindungi di bawah peruntukan berkaitan spesies marin terancam. Oleh itu, sebarang gangguan atau eksploitasi terhadap paus adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jabatan akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 16 saat termasuk beberapa gambar yang menunjukkan bangkai seekor ikan paus terdampar di tepi pantai yang dikongsikan oleh Iqbal Adzrin menerusi Facebook.
Sebelum ini, seekor ikan paus seberat 80 kilogram pernah ditemukan terdampar di Kampung Tanjung Batu, Pekan, dekat sini pada tahun lepas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests