BANGUNAN MEDIA ANTARABANGSA DI GAZA DIBOM ISRAEL

GAZA: Sebuah bangunan di Gaza yang menjadi pejabat beberapa agensi media antarabangsa musnah selepas dibedil serangan udara Israel.

Bangunan tersebut menempatkan pejabat media Al Jazeera selain Associated Press.

Lapor Al Jazeera setakat ini belum dapat disahkan jika terdapat individu yang menjadi mangsa serangan tersebut.

Dilaporkan penghuni bangunan tersebut telah diberi amaran satu jam sebelum serangan tersebut berlaku.

Selain pejabat, bangunan tersebut turut mempunyai beberapa buah pangsapuri. — AlHijrah Online

Leave a Reply