KUALA LUMPUR: Malaysia dukacita dan rasa kesal dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung konflik yang berlaku di Palestin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa untuk menangani kekejaman yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin.
“Majlis Keselamatan PBB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat,” katanya.
Malaysia, dalam pada itu akan terus berusaha menyeru komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.
Sementara itu, Muhyiddin mewakili kerajaan Malaysia tetap konsisten dalam menyokong perjuangan Palestin dalam segi politik, ekonomi serta moral.
“Penyelesaian terbaik untuk konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.
“Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel,” katanya.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin memaklumkan Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan sebuah mesyuarat tergempar secara maya di peringkat menteri-menteri Luar, pada 16 Mei, esok.
“Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Menteri Luar (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) untuk menyertai mesyuarat tersebut bagi menegaskan pendirian Malaysia terhadap situasi di Palestin,” katanya.
Muhyiddin turut menjelaskan bahawa serangan Israel ke atas Palestin merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked