BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2023 DIBAYAR PADA 17 APRIL
PUTRAJAYA: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 sebanyak RM700 kepada penjawat awam yang layak serta RM350 kepada pesara kerajaan akan dibayar pada 17 April ini.
PUTRAJAYA: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 sebanyak RM700 kepada penjawat awam yang layak serta RM350 kepada pesara kerajaan akan dibayar pada 17 April ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed dalam satu surat edaran “Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023” bertarikh 23 Mac.
Mereka yang layak mendapat BKKA 2023 ialah pegawai perkhidmatan awam gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 April.
Pegawai lantikan tetap, sementara dan ‘Contract of Service’ (COS), pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya turut layak menerima BKKA 2023.
BKKA 2023 turut dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 April dan dilantik sebelum 17 April, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya, serta pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran serta hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
Menurut surat edaran itu, pesara yang sedang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa atau bersara atas sebab kesihatan pada, atau sebelum 17 April 2023 akan dibayar RM350.
“Pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 17 April layak dibayar RM700,” menurut surat edaran itu yang turut menyatakan pembayaran sebanyak RM350 akan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan bakinya RM350 dibayar oleh jabatan yang menempatkan pegawai sedang berkhidmat.
Menurut surat edaran itu, pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 17 April 2023 layak diberi BKKA 2023 sebanyak RM700.
BKKA 2023 tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam atau tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.
Juga tidak layak ialah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Jan hingga 17 April 2023, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Jan hingga 17 April 2023, pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Jan hingga 17 April 2023 serta pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan.
“Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan pihak berkuasa tatatertib akan ditangguhkan pemberian BKKA 2023 ini,” menurut surat edaran itu.
Pegawai hanya layak dibayar setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager