Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SALUR WAKAF PADA AGENSI, INDIVIDU BERTAULIAH – MAINS

DALAM NEGARA

SALUR WAKAF PADA AGENSI, INDIVIDU BERTAULIAH – MAINS

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir (enam, kiri) bergambar bersama tetamu jemputan serta wakil yang menerima sumbangan wakaf pada program Bulan Wakaf peringkat negeri hari ini. — Bernama

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menasihati orang ramai agar menyalurkan wakaf mereka hanya kepada agensi itu atau mana-mana individu yang bertauliah dengan MAINS, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Abdul Aziz Ab Kadir.

Beliau berkata ia bertujuan mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menggunakan nama dan label wakaf bagi mengaburi mata masyarakat demi kepentingan masing-masing dalam mengaut keuntungan.

“Di Negeri Sembilan, MAINS melalui Jabatan Wakaf bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pentadbiran berkaitan wakaf dan sumber Mal secara profesional dan teratur. Kadang-kadang kita takut orang boleh kata wakaf tapi bukan pihak yang sepatutnya menerima.

“Pihak berkenaan perlu berdaftar dengan MAINS, dapatkan tauliah dan kebenaran selain perlu beri laporan untuk kita pantau. Kalau tak semua orang boleh kutip dan kata wakaf menyebabkan timbul masalah, hajat orang berwakaf juga tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Wakaf Negeri Sembilan 2023 hari ini.

Menurutnya kira-kira 2,000 penjawat awam di negeri ini telah membuat pemotongan gaji untuk wakaf, selain mengalu-alukan pihak swasta untuk turut berbuat demikian sekali gus membantu golongan tidak berkemampuan dan mana-mana entiti yang memerlukan.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata kira-kira RM4.1 juta hasil kutipan wakaf tunai diterima MAINS pada tahun lepas dan lebih RM2 juta berjaya diagihkan termasuk untuk kegunaan hospital, sekolah dan masjid. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading