TIADA LAGI MONOPOLI PUSPAKOM BAGI PEMERIKSAAN KENDERAAN
PUTRAJAYA: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak akan lagi menjadi penyelia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Sept 2024, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang media berkenaan pembukaan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor kepada pihak berkelayakan lain dan pelanjutan konsesi perkhidmatan PUSPAKOM di Kementerian Pengangkutan hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak akan lagi menjadi penyelia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Sept 2024, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Ia berikutan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan, katanya.
Beliau berkata proses pelawaan kepada syarikat swasta yang berminat dalam perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor dijangka bermula selewat-lewatnya suku pertama 2024.
“Ketetapan ini bermakna Puspakom tidak lagi akan menjadi penyelia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi pihak JPJ bermula 1 Sept 2024,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Loke berkata keputusan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan orang ramai.
Katanya ini ekoran rungutan orang ramai berkait isu efisien apabila terpaksa menunggu berjam-jam untuk pemeriksaan, serta cawangan Puspakom yang terhad di sesetengah kawasan.
Bagi melaksanakan keputusan itu, beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ akan membangunkan syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan.
Menurutnya syarikat swasta yang berminat diwajibkan memenuhi syarat yang sama dikenakan kepada Puspakom termasuk kewajiban melantik pekerja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja.
Selain itu, katanya pihak berkenaan perlu menyedia dan menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer yang dikawal selia dan diluluskan oleh JPJ, menyediakan perkhidmatan dengan mematuhi skop, standard dan prosedur pemeriksaan motor serta mengenakan kadar fi pemeriksaan seperti yang telah ditetapkan sahaja.
“Pihak swasta yang berminat tidak dibenarkan sama sekali menawarkan perkhidmatan pembaikan atau ubah suai kenderaan serta penjualan alat ganti,” katanya.
Dalam pada itu, Loke berkata perjanjian konsesi Puspakom yang akan tamat 31 Ogos 2024 akan dilanjutkan 15 tahun lagi dengan penambahbaikan terma perjanjian sedia ada.
Beliau berkata keputusan itu mengambil kira bahawa pusat tersebut telah menjalankan fungsi pemeriksaan bagi pihak JPJ dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.
Namun, katanya Puspakom diminta melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuk pindaan ke atas prosedur dan skop pemeriksaan berkala yang ditetapkan bagi meningkatkan tahap kualiti dan integriti pemeriksaan, seperti memperluaskan elemen automasi dan penggunaan peralatan komputer.
Loke berkata Puspakom juga perlu memodenkan proses pemeriksaan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa dengan penggunaan peralatan komunikasi teknologi tinggi, sensor atau kamera bagi membolehkan pemeriksaan dipantau secara masa sebenar dalam talian oleh pengguna, MOT dan JPJ.
Menurutnya pusat itu juga diminta meningkatkan tahap kompetensi kakitangan dengan penyediaan sistem latihan pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa; menambah baik proses penempahan dan aduan pelanggan; serta memasang sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) di semua pusat pemeriksaan bagi tujuan kawalan dan pemantauan masa sebenar.
Katanya Puspakom juga perlu menambah baik skop pemeriksaan kenderaan seperti pemeriksaan dalaman, pemeriksaan ‘under body’ dan pemeriksaan motosikal bagi meningkatkan tahap keselamatan teknikal dan ‘road-worthiness’ kenderaan di atas jalan terutamanya melibatkan kenderaan pengangkutan awam dan barangan.
Loke berkata Puspakom juga perlu membuat pindaan kepada skop atau elemen petunjuk prestasi utama (KPI) bagi menambah baik komponen pengauditan, aspek tadbir urus, tahap penyampaian perkhidmatan, kualiti pengauditan dan kadar penalti yang akan dikenakan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked