Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA LEMAS SELEPAS SELAMATKAN ANAK JATUH SUNGAI

DALAM NEGARA

BAPA LEMAS SELEPAS SELAMATKAN ANAK JATUH SUNGAI

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah, petang tadi.

Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Roslan Ismail berkata mangsa yang dikenali sebagai “Budin”, 46, keluar berjalan bersama dengan anak lelakinya berusia lapan tahun sebelum kejadian berlaku.

“Anaknya dikatakan terjatuh dan lemas di sungai itu, tetapi berjaya diselamatkan oleh mangsa. Bagaimanapun, selepas itu mangsa pula hilang dibawa arus dan hingga kini masih belum ditemukan,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata identiti penuh mangsa masih dalam proses pengesahan daripada ahli keluarga terdekat.

Roslan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 7.26 malam dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 3.6 kilometer dari balai sebelum tiba pada 7.45 malam.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mengesahkan seorang lelaki dewasa dilaporkan lemas dan kami memohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata operasi SAR masih diteruskan dengan kekuatan anggota BBP Tanah Merah bersama-sama Unit PPDA, selain mendapat kerjasama polis serta penduduk setempat bagi mempercepat pencarian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading