Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BAS TERBALIK DI JASIN CEDERAKAN TIGA PENUMPANG

DALAM NEGARA

BAS TERBALIK DI JASIN CEDERAKAN TIGA PENUMPANG

“Berdasarkan siasatan, terdapat sebuah lori di hadapan bas itu yang telah memperlahankan kenderaan. Pemandu bas terbabit ingin mengelak daripada melanggar lori tersebut sebelum terbabas ke kiri jalan,” – Ketua Polis Daerah Jasin Supt Lee Robert

JASIN: Tiga individu cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 177.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Supt Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur, kira-kira 5 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa yang terlibat terdiri daripada seorang wanita warga Singapura berusia 62 tahun, seorang wanita warga Britain berusia 42 tahun dan lelaki tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pemandu pelancong.

“Berdasarkan siasatan, terdapat sebuah lori di hadapan bas itu yang telah memperlahankan kenderaan. Pemandu bas terbabit ingin mengelak daripada melanggar lori tersebut sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tiga mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki telah dihantar ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan, manakala pemandu bas dan lapan lagi penumpang tidak mengalami kecederaan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading