BAYI BARU LAHIR DITINGGAL DI GERAI MAKAN

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di sebuah gerai makanan di Batu 5, Jalan Tengah Nipah, Kampung Jaya Baru, di sini pagi semalam.

Bayi yang masih bertali pusat ditinggalkan dalam keadaan tidak berpakaian ditemui pemilik gerai ketika membuka gerainya pada jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata, pemilik gerai yang berusia 30 tahun itu terus menghubungi polis sebelum pasukan anggota ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan ditemui di atas gerai makanan tanpa sebarang pakaian.

“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.—AlHijrah Online

Leave a Reply