DALAM NEGARA
BAYI PEREMPUAN MASIH BERTALI PUSAT DITEMUI DI PERKARANGAN MASJID
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih bertali pusat.
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih bertali pusat.

BESUT: Polis Daerah Besut mengesahkan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di perkarangan Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut, Terengganu, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.30 pagi melalui panggilan daripada orang awam.
“Susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai polis bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.
“Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di dalam sebuah beg kain di perkarangan masjid,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih bertali pusat.
Jelasnya, bayi berkenaan disahkan berada dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke Hospital Daerah Besut oleh pihak kesihatan bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan pemantauan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan kesiapsiagaan anggota di lapangan penting bagi mengelakkan kejadian...
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan Pas MyKomuter50 yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari...
Mayat seorang wanita tanpa pakaian dan hampir mereput ditemukan terapung di sungai berhampiran Pekan Lama, Sungai...
Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Batu Enam sebelum melarikan...
Bekas hakim Mahkamah Aden yang kini menjadi tokoh pengajian hadis bersanad di Yaman, Syeikh Dr Yasir...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)