Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JANGAN SOROK KES BULI DEMI JAGA NAMA SEKOLAH – ANWAR

UTAMA

JANGAN SOROK KES BULI DEMI JAGA NAMA SEKOLAH – ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengingatkan pihak pengurusan sekolah agar tidak melindungi kes buli atau penderaan semata-mata untuk menjaga imej dan prestasi institusi pendidikan.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengingatkan pihak pengurusan sekolah agar tidak melindungi kes buli atau penderaan semata-mata untuk menjaga imej dan prestasi institusi pendidikan.

Beliau berkata setiap kes perlu ditangani segera kerana kegagalan mengambil tindakan pada peringkat awal boleh menyebabkan masalah menjadi lebih serius.

“Kezaliman itu bermula di situ (buli dan keganasan). Tindakan ganas, gopoh dan zalim bermula di situ. Sebab itu di peringkat awal, perkara itu mesti dibetulkan walau sebesar atau sekecil mana sekalipun,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Anwar turut menggesa pengetua dan guru besar bersikap terbuka dalam mengendalikan isu buli serta tidak menganggap pendedahan sesuatu kes sebagai perkara yang mencemarkan reputasi sekolah.

Menurut beliau, kejadian buli di sesebuah sekolah tidak bermaksud institusi pendidikan itu gagal secara keseluruhan, sebaliknya insiden berkenaan perlu dilihat sebagai isu yang memerlukan tindakan segera. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading