Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELARIAN LANGGAR UNDANG-UNDANG BAKAL DIAMBIL TINDAKAN – PM

UTAMA

PELARIAN LANGGAR UNDANG-UNDANG BAKAL DIAMBIL TINDAKAN – PM

Kerajaan mengarahkan tindakan tegas terhadap mana-mana pelarian yang melanggar undang-undang atau mengganggu ketenteraman awam, dengan Perdana Menteri memberi amaran individu tanpa permit akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang melanggar undang-undang atau mengganggu ketenteraman awam, termasuk cubaan menguasai mana-mana kawasan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang ingkar.

“Dia (pelarian) berpangkalan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), ganggu lalu lintas. Kita kena tegas. Negara ini ada peraturan, ada hukum. Dia tak boleh, umpamanya memilih untuk mengambil mana-mana kawasan bandar.

“Sebab itu saya telah arahkan (Jabatan) Imigresen, polis, pihak bandar raya ambil tindakan tegas. Yang tidak ada permit, harus diheret ke (Jabatan) Imigresen, manakala yang mempunyai dokumen kita kena beri amaran, kalau tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan memahami hasrat sebahagian pelarian untuk mendapatkan perlindungan di bawah UNHCR, namun mereka tetap wajib mematuhi undang-undang negara.

“Saya faham dia cuba (mendapatkan) perlindungan di UNHCR, tetapi mereka tidak boleh masuk-masuk kawasan … tidak boleh, ada peraturan di dalam negara ini, kita tak boleh benarkan sehingga mengganggu keselamatan penduduk tempatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ratusan pelarian Rohingya berkumpul di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling selepas dilaporkan tiba di ibu negara awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas susulan diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading