Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANAK KELUAR TEMANKAN RAKAN AMBIL BAJU SEBELUM MAUT – AYAH

DALAM NEGARA

ANAK KELUAR TEMANKAN RAKAN AMBIL BAJU SEBELUM MAUT – AYAH

Seorang bapa tidak menyangka keizinan yang diberikan kepada anak bongsunya untuk menemani rakan mengambil pakaian, menjadi detik terakhir melihat remaja itu masih bernyawa, sebelum maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Padang Tembak di sini, petang semalam.

Sumber: BERNAMA

TELUK INTAN: Seorang bapa tidak menyangka keizinan yang diberikan kepada anak bongsunya untuk menemani rakan mengambil pakaian, menjadi detik terakhir melihat remaja itu masih bernyawa, sebelum maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Padang Tembak di sini, petang semalam.

Mohd Said Zaini, 55, berkata anaknya Nur Atikah, 16, tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau petanda sebelum keluar dari rumah, malah masih ceria seperti biasa bersama keluarga.

“Dia minta izin nak teman kawan ambil baju. Saya benarkan sahaja. Tak lama selepas itu orang datang beritahu dia kemalangan, tetapi saya tak percaya sebab baru sangat dia keluar rumah.

“Bila anak sulung balik dan beritahu adiknya sudah meninggal dunia, barulah saya percaya. Saya terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan di sini hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, Nur Atikah dan rakannya Nur Dania Arissa Salim, 17, maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta.

Mohd Said berkata pada malam sebelum kejadian, beliau sempat membawa Nur Atikah menghadiri sebuah karnival kebudayaan di pekan Teluk Intan dan menyifatkan anaknya berada dalam keadaan ceria sepanjang perjalanan.

Sementara itu, bapa Nur Dania, Salim Husain, 43, berkata beliau berharap individu yang disyaki melanggar anak sulungnya itu, dikenakan hukuman yang setimpal.

“Tak sangka perkara seumpama ini berlaku sekelip mata. Saya nampak dia (Nur Dania) keluar rumah dengan menaiki motosikal dan tak sampai 15 minit, saya dapat berita dia dilanggar serta meninggal di tempat kejadian, yang hanya berjarak sekitar 100 meter dari rumah. Saya harap individu yang melanggar anak saya itu dikenakan hukuman yang setimpal oleh pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya.

 

Kedua-dua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid At-Taqwa, Jalan Padang Tembak, selepas solat Zohor.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 6.35 petang dan siasatan awal mendapati pemandu berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi punca kemalangan itu positif dadah dan telah direman. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading