Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKALAN PERUBATAN DI GAZA SEMAKIN BERKURANGAN – PEGAWAI ANTARABANGSA 

DUNIA

BEKALAN PERUBATAN DI GAZA SEMAKIN BERKURANGAN – PEGAWAI ANTARABANGSA 

Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi.

GENEVA: Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.  

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), penutupan sempadan telah ‘menjejaskan dengan ketara’ perkhidmatan, menyebabkan hanya 23 daripada 53 kenderaan dapat beroperasi susulan pemberhentian penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk bahan api, kata jurucakap IFRC Tommaso Della Longa dalam taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.  

Ini adalah akibat langsung daripada kekurangan petrol, katanya sambil menekankan bahawa seluruh komuniti yang lemah meminta bantuan kecemasan tetapi tidak menerima sebarang respons. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading