KERAJAAN MADANI SENTIASA HARGAI GOLONGAN AGAMA – ZULKIFLI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata bantuan sebanyak RM250 kepada guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal tok siak, noja dan marbut, simbolik penghargaan kerajaan terhadap usaha yang dilakukan golongan agama dalam meningkatkan syiar Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan bercakap kepada media selepas menghadiri Program Ihsan MADANI di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah hari ini. –fotoBERNAMA
IPOH: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata bantuan sebanyak RM250 kepada guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal tok siak, noja dan marbut, simbolik penghargaan kerajaan terhadap usaha yang dilakukan golongan agama dalam meningkatkan syiar Islam.
“Syukur Alhamdulillah tahun 2025 bermula sangat cemerlang dengan kenaikan gaji penjawat awam, kemudian disusuli pula BKK Aidilfitri bukan hanya penjawat awam, pesara termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, malah golongan agama tidak terkecuali.
“Kita harapkan sumbangan yang disalurkan ini mampu digunakan sebaik mungkin sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah dan Program Ihsan MADANI dekat sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.
Terdahulu, Zulkifli dalam ucapannya berkata guru-guru Muslim berperanan memimpin para pelajar untuk mempromosikan Islam yang aman, rahmah dan damai seperti yang digagaskan oleh kerajaan.
“Para pendidik mampu menjadi contoh karakter insani dan akhlak yang baik untuk mempromosikan Islam seperti yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW.
“Prinsip wasatiyyah terus menjadi asas dalam menangani perbezaan aliran pemikiran dalam kalangan umat Islam di negara ini, selaras dengan Maqasid Syariah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Beliau berkata Gagasan Malaysia MADANI yang diperjuangkan kerajaan hari ini, bukan hanya mempromosikan kesederhaan dalam berfikir dan bertindak, malah menyeru kepada kesatuan masyarakat yang berbilang kaum.
Pada majlis hari ini, Zulkifli turut menyampaikan skrin sentuh dan papan tulis interaktif sumbangan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada SABK Maahad Al-Ummah dan sumbangan pek Aidilfitri kepada 50 murid asnaf sekolah itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked