Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISI BORANG BALIK KAMPUNG, CEGAH KES JENAYAH – POLIS

DALAM NEGARA

ISI BORANG BALIK KAMPUNG, CEGAH KES JENAYAH – POLIS

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari Wan Busu berkata menerusi borang pemakluman itu, pihaknya dapat mengenal pasti kediaman ditinggalkan bagi melaksanakan usaha pencegahan jenayah.

KUANTAN: Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari Wan Busu berkata menerusi borang pemakluman itu, pihaknya dapat mengenal pasti kediaman ditinggalkan bagi melaksanakan usaha pencegahan jenayah.

“Tiada kes jenayah direkodkan ketika cuti perayaan tahun lepas bagi mereka yang menghantar borang pemakluman balik kampung kepada polis di daerah ini.

“Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan dan kita harap orang ramai yang ingin pulang beraya ke kampung masing-masing mengisi borang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kempen pencegahan jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di sini malam tadi.

Wan Zahari memaklumkan rondaan di kediaman yang ditinggalkan akan ditingkatkan sepanjang tempoh ditinggalkan melalui pemakluman yang diterima. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading