BEKAS PEMAIN JDT ASRARUDDIN PUTRA BERHIJRAH KE MAKKAH
Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu bukan menandatangani kontrak dengan mana-mana kelab di Arab Saudi, sebaliknya tinggal di Tanah Suci Makkah bagi mencari kebahagian dan mendalami ilmu agama.
Suasana di perkampungan Melayu kediaman Asraruddin di Bukit Ajyad, Makkah.
MAKKAH: Selain bintang terkemuka Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema yang berpindah ke kelab bola sepak di Arab Saudi, bekas pemain JDT Asraruddin Putra Omar turut berhijrah ke negara itu.
Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu bukan menandatangani kontrak dengan mana-mana kelab di Arab Saudi, sebaliknya tinggal di Tanah Suci Makkah bagi mencari kebahagian dan mendalami ilmu agama.
Asraruddin Putra, 35, yang tidak pernah mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak selepas mengalami kecederaan di kaki kirinya ketika bersama JDT berkata ramai tidak mengetahui mengenai keberadaannya di sebuah perkampungan Melayu di Bukit Ajyad di sini.
“Saya sebenarnya ada pasang impian sejak kecil dulu, saya tengok orang datang Makkah buat umrah, kalau ada rezeki nak duduk sini sama ada di Makkah atau Madinah.
“Tetapi hanya sekadar impian sahaja lah sebab saya tak kenal sesiapa di Makkah atau Madinah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Katanya beliau kemudian mengetahui mengenai perkampungan berkenaan menerusi kenalannya selepas melakukan umrah buat kali kedua di Tanah Suci pada 2022, sebelum terpaut untuk tinggal di situ.
Menurut Asraruddin Putra beliau kembali ke Makkah pada awal tahun ini dan berada di sini selama tiga bulan dengan menyewa rumah di perkampungan Melayu berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari Masjidil Haram.
Pemain yang pernah menjalani latihan percubaan bersama kelab gergasi Belanda, PSV Eindhoven itu turut bertemu jodoh dengan Tengku Nurliyana Tengku Azlan, seorang jururawat berasal dari Gong Badak, Terengganu yang bekerja di sebuah hospital di Jeddah, Arab Saudi.
Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 13 Mei lepas di Shah Alam Selangor, sebelum kedua-duanya kembali ke Makkah, tiga hari kemudian. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked