Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lepas, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.
SHAH ALAM: Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lepas, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihak polis turut menahan bapa kanak-kanak terbabit berumur 49 tahun di sebuah rumah di Pandamaran dekat sini pada pukul 1.15 tengah hari tadi.
Beliau berkata pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima satu klip video yang ditularkan menerusi media sosial berdurasi 1.21 minit.
“Klip berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna ‘silver’ yang dipercayai berlaku pada Jumaat lepas kira-kira pukul 6 petang.
“Bertindak atas maklumat, pihak IPD Klang Selatan membuat serbuan di sebuah rumah di Pandamaran hari ini. Polis menahan pemilik kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pemandu kereta dalam video yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua individu serta kenderaan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik, IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
Cha berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu di bawah umur dan Seksyen 111 APJ 1987 iaitu bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.
“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa maksud melakukan perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak leka dan sentiasa mengawasi gerak-geri anak masing-masing supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau harta benda orang lain. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests