KUALA LUMPUR: Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Hamid A. Abu Sulayman, 85, meninggal dunia semalam, di Hospital Riyadh, Arab Saudi.
Dalam kenyataan UIAM, Allahyarham yang merupakan bekas rektor kedua universiti awam tersebut dilapor meninggal dunia akibat penyakit yang dialaminy.
“Allahyarham dilahirkan di Makkah, Arab Saudi pada tahun 1936 dan dilantik menjadi Rektor UIAM kedua dari tahun 1988 sehingga 1998. Pada 2008, Allahyarham dianugerahkan Doktor Falsafah Kehormat dalam Pendidikan dari UIAM.
“Sepanjang tempoh sedekad Allahyarham menjadi Rektor UIAM, beliau banyak terlibat dalam pembangunan akademik dan perkembangan kampus serta menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti yang terkemuka di dunia. Allahyarham juga banyak menghasilkan jurnal-jurnal dan penerbitan buku ilmiah,” katanya, hari ini.
Sementara itu, Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar buat institusi pendidikan tersebut.
“Allahyarham memberikan sepenuh jiwanya dalam membangunkan dunia akademia dan membangunkan UIAM dalam acuannya sehingga UIAM menempa nama diperingkat antarabangsa.
“Allahyarham adalah seorang pemimpin yang berkaliber, beliau dianggap sebagai seorang bapa, pemikir, sarjana dan seorang yang suka bekerja dalam satu pasukan di dalam organisasi. Allahyarham juga mudah didekati dan banyak memberikan nasihat. Bagi pihak UIAM juga, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.” kata Mohd Daud.
Dalam pada itu, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, pemergian Abdul Hamid satu berita sedih bagi warga serta alumni UIAM kerana kehilangan seorang pemimpin dan guru yang sangat berdedikasi dalam menjalankan urusan pentadbiran dan dalam bidang akademik dan kesarjanaan.
“Kami seluruh warga UIAM merasa amat sedih dengan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, semestinya pemergian Allahyarham banyak memberikan kesan kepada Alumni, kakitangan dan pelajar UIAM. Sepanjang kepimpinan beliau, Allahyarham telah banyak meninggalkan legasi kepimpinan dan kini ia diteruskan,” kata Dzulkifli.
–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked