POLIS RAKAM PERCAKAPAN EBIT LEW, BANTU SIASATAN KES GANGGUAN SEKSUAL

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew (Ebit Lew) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PDRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya.–AlHijrah Online

Leave a Reply