Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUMLAH JEMAAH DITINGKATKAN SEPARUH KAPASITI MASJID DAN SURAU DI LABUAN

DALAM NEGARA

JUMLAH JEMAAH DITINGKATKAN SEPARUH KAPASITI MASJID DAN SURAU DI LABUAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Labuan yang kini di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 3.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu akan berkuat kuasa 20 Ogos 2021.

“Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, surau Jumaat, dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan separuh kapasiti sebenar, manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.

“Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran separuh kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu JAWI menetapkan bilangan had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 iaitu di Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah kekal sebagaimana ketetapan sebelum ini.

Bagaimanapun tazkirah sebelum solat Jumaat dibenarkan tidak melebihi 30 minit.

“Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan memberikan keutamaan kepada jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.

“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir,” kata Mohd Ajib. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading