50.2 PERATUS POPULASI DEWASA LENGKAP VAKSINASI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi semakin membanggakan apabila Malaysia kini berjaya mencapai 50.2 peratus atau 11,743,096 populasi dewasa telah menerima dos vaksinasi lengkap menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), setakat 18 Ogos 2021.

Dalam perkongsian infografik di Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan setakat ini seramai 17,625,760 individu atau 75.3 peratus telah menerima dos pertama yang menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 sebanyak 29,368,856 dos.

Image

“Kita di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk PICK.

“Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. Usaha gigih selama ini perlu diteruskan,” menerusi ciapan JKJAV.

Image

Setakat semalam, 54 peratus populasi keseluruhan negara telah mendapat suntikan dos pertama manakala 36 peratus penduduk Malaysia telah lengkap menerima vaksinasi.–AlHijrah Online

Leave a Reply