ISMAIL SABRI CALON PM9 DARIPADA BN

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumum calon Perdana Menteri kesembilan yang dinamakan oleh parti Barisan Nasional.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.

Turut memaklumkan perkara itu, beberapa ahli parlimen UMNO lain, antaranya Datuk Seri Azalina Othman Said, dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Pemimpin BN bermesyuarat di Menara Dato Onn, ibu negara malam tadi.

Pemilihan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu dibuat kerana beliau adalah calon yang bersih, tidak terpalit kontroversi dan boleh diterima rakyat.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal dilapor menjadi pilihan mewakili Pakatan Harapan (PH).

Pada Selasa, semua ahli parlimen diarah menghantar surat akuan kepada Istana Negara bagi menamakan seorang calon pilihan sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nama calon tersebut perlu dihantar kepada Istana Negara selewat-lewatnya jam 4 petang, Rabu.

Sidang media Tan Sri Muhyiddin selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Sumber imej: Alhijrah Online

Muhyiddin meletakkan jawatannya pada Isnin, 16 Ogos 2021 selepas hilang majoriti di Dewan Rakyat ekoran penarikan balik 15 ahli parlimen UMNO daripada menyokongnya. – Alhijrah Online

Leave a Reply