KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa Bella berada di dalam keadaan takut dan tubuh badannya kurus semasa berjumpa remaja perempuan sindrom down itu buat kali pertama di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tahun lepas.
Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata semasa beliau melawat remaja itu pada 4 Julai 2021, Bella bukan sahaja dilihat tidak gembira malah berjalan dalam keadaan tunduk tanpa melihat sesiapa selain kedua-dua tangannya turut berbalut.
“Saya berjumpa Bella yang dirawat di wad COVID hospital itu dan saya melihat mukanya berparut. Bella juga dilihat tidak senyum serta ketakutan,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik pada perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Menceritakan lebih lanjut, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata pada 24 Jun 2021, beliau menerima WhatsApp daripada Siti Bainun yang memaklumkan Bella jatuh dan terkena air panas.
“Siti Bainun hantar WhatsApp pada 3.03 petang dan dia ada menghantar beberapa gambar kecederaan pada tangan dan kepala Bella. Siti Bainun kata dia telah pergi ke hospital dan membeli ubat spray kuning.
“Dalam WhatsApp itu juga, Siti Bainun turut nyatakan Bella positif COVID-19 tetapi dia tidak membawa Bella untuk buat ujian swab kerana takut dengan keadaan fizikal Bella,” kata saksi itu.
Menurut Mohamad Imran, Siti Bainun memberitahunya bahawa Bella terkena air panas dua hari sebelum hari raya.
Kepada soalan Fazeedah apakah tindakan yang dilakukan selepas dimaklumkan oleh Siti Bainun bahawa Bella terkena air panas, saksi itu berkata: Saya minta Siti Bainun membawa Bella ke hospital dan dia maklumkan akan membawa remaja itu ke hospital selepas habis kuarantin pada 29 Jun 2021.
“Pada 24 Jun 2021, saya berbincang dengan pelindung kanak-kanak lain untuk mereka membawa Bella ke hospital dan saya berbincang dengan Ketua Unit Kanak-Kanak JKM pada keesokannya (25 Jun) dan berusaha untuk mendapatkan ambulans untuk membawa Bella ke hospital. Siti Bainun kemudian maklumkan dia telah ditahan di wad Hospital Sungai Buloh (kerana positif COVID-19).
“Saya bertanya kepada Siti Bainun bagaimana keadaan Bella di rumah dan Siti Bainun hanya memaklumkan remaja itu dijaga oleh anak-anak di rumah itu,” kata Mohamad Imran.
Saksi itu berkata kali pertama beliau terserempak dengan Bella selepas dijaga Siti Bainun adalah pada 17 Feb 2021 di Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan keadaan Bella pada masa itu gembira selain turut memeluk Siti Bainun.
Mohamad Imran berkata beliau tidak pernah bersetuju Bella diletakkan di bawah jagaan Siti Bainun kerana tidak mengenali wanita itu secara peribadi dan tidak mengetahui latar belakang pengasas rumah kebajikan itu.
Bagaimanapun, Mohamad Imran berkata Mahkamah Majistret Kanak-Kanak membenarkan perintah jagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun bermula 14 Julai sehingga 20 Sept 2020 manakala hak penjagaan tetap bermula 24 Sept 2020.
Terdahulu, saksi berkata Siti Bainun telah menyampaikan hasratnya itu kepada seorang pegawai pelindung kanak-kanak dikenali Siti Sarah untuk menjaga remaja berkenaan dan berdasarkan perbincangan dengan Siti Bainun, kanak-kanak itu ditempatkan di kediaman keluarga Siti Bainun di Ampang.
“Bella adalah kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang perlu diawasi pihak lain selain Siti Bainun serta sokongan keluarga penting untuk memastikan keselamatan Bella sentiasa dipelihara.
Menurut saksi itu, Bella sebelum ini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban sejak 2011 sehingga 2020 sebelum Siti Bainun menjaga remaja itu.
Mohamad Imran berkata Bella juga tidak bersekolah selepas dijaga oleh Siti Bainun.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam bersambung.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager