JPA TUBUH PASUKAN KHAS KAJI PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA EMPAT HARI SEMINGGU
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Beliau berkata tindakan itu dibuat kerana terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.
“Jadi kita telah tubuhkan satu pasukan khas untuk melihat bagi pihak kerajaan berhubung sektor mana serta jumlah waktu minimum dan maksimum bekerja selaras dengan Akta Pekerja 1955 sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shafiq berkata untuk melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu itu, banyak perkara perlu diperhalusi kerana bidang pekerjaan yang ada sekarang ini sudah pelbagai selain jumlah hari bekerja dan masa rehat yang perlu diteliti.
“Dahulu beberapa negara di Eropah juga pernah melaksanakan cuti empat hari seminggu ini tetapi mengikut bidang kerja yang tertentu sahaja,” katanya sambil menegaskan kajian itu tidak akan mengambil masa yang lama.
Isu terbabit mula menjadi perhatian masyarakat apabila pada awal bulan ini sebanyak 70 syarikat melibatkan 3,000 pekerja di United Kingdom melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu namun masih menerima gaji penuh untuk sebulan.
Berhubung MIP, Mohd Shafiq berkata ia adalah usaha untuk meningkatkan kefahaman, penghayatan dan pembudayaan pegawai penguat kuasa di negara ini mengenai integriti.
“Ia juga menjadi medium penyumbang dalam memantapkan penerapan dan pengamalan nilai-nilai murni integriti dan tadbir urus yang baik dalam jentera pentadbiran kerajaan,” katanya.
MIP yang dilancarkan hari ini merangkumi tiga sub modul iaitu Integriti Cerminan Diri dan Organisasi; Membetulkan Yang Biasa, Membiasakan Yang Betul; dan Menginstitusikan Integriti.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif IIM Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.