TASAMUH MAMPU JADI ALAT SATU PADUKAN UMAT ISLAM DAN DUNIA, SESUAI KONSEP KELUARGA MALAYSIA
Persidangan yang julung kali diadakan yang menghimpunkan 44 penceramah dari 17 negara, antaranya bertujuan mencari kesedaran dan pendidikan bagi menghadapi ideologi ekstremis dan menggantikan perbezaan antara masyarakat pelbagai latar belakang politik kepada kerjasama dan perpaduan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (kanan) serta Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Syeikh Dr Muhammad Abdul Karim Al-Issa (kiri) pada simbolik penyatuan acara perasmian Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 di sebuah hotel hari ini. — fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Konsep Tasamuh iaitu toleransi atau berlapang dada, mampu menjadi alat menyatupadukan umat Islam serta dunia, dan seharusnya diterap dalam kalangan negara yang mempunyai bangsa dan budaya majmuk.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata konsep Tasamuh yang mengutamakan nilai kebersamaan, selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat di negara ini menghargai dan memahami nilai perbezaan.
“Konsep ini yang turut bermakna bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan yang dihadapi, telah ditekankan oleh kerajaan supaya menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya dalam ucapan semasa perasmian Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Syeikh Dr Muhammad Abdul Karim Al-Issa.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata konsep Keluarga Malaysia mampu disempurnakan oleh para ulama dan Ilmuwan Islam, dengan memberi pendekatan ertikata kesatuan berlandaskan Islam.
“Kerajaan sedar ulama dan Ilmuwan Islam memainkan peranan yang penting bagi memastikan landasan yang dipilih bertepatan dengan jalan yang lurus, siratulmustakim.
“Justeru kita sentiasa mengalu-alukan pandangan dan nasihat ulama serta Ilmuwan Islam, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia di dunia dan di akhirat,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata perpaduan dan kesatuan ummah perlu menjadi keutamaan umat Islam, sepertimana dianjurkan oleh prinsip Fiqh Keutamaan (fiqh awlawiyyat).
Katanya ia berikutan meningkatnya ancaman terhadap kesucian Islam kebelakangan ini.
Menurut beliau, pengukuhan perpaduan dan kesatuan ummah hendaklah berasaskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Pendekatan ini penting bagi memastikan dakwah dan penyampaian ajaran Islam bertepatan dengan kehendak Islam, bersifat wasatiyah dan memberi rahmat kepada sekalian alam.
“Umat Islam perlu disedarkan bahawa usaha merealisasikan perpaduan ini perlu merentasi tembok pelbagai aliran pemikiran dan ideologi. Tumpuan utama adalah kemaslahatan ummah serta menolak fahaman pelampau dan ekstrem,” tegasnya.
Justeru katanya, semua ulama dan ilmuwan Islam perlu berbincang, bermuafakat, bersatu dan menggembleng pemikiran masing-masing, bagi menghasilkan penyelesaian kepada cabaran dihadapi umat Islam seluruh dunia.
Perdana Menteri berharap agar perhimpunan ulama dan Ilmuwan Islam kali ini dapat menghasilkan kata sepakat dan memainkan peranan efektif ke arah kesatuan dan mewujudkan khaira ummah.
“Saya juga berharap semua input dan pandangan yang dibincangkan sepanjang persidangan ini dapat diterjemahkan kepada satu usaha yang dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Persidangan yang julung kali diadakan ini yang menghimpunkan 44 penceramah dari 17 negara, antaranya bertujuan mencari kesedaran dan pendidikan bagi menghadapi ideologi ekstremis dan menggantikan perbezaan antara masyarakat pelbagai latar belakang politik kepada kerjasama dan perpaduan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.