Teh Hock Cheng yang merupakan penerima Anugerah Ibnu Uraiqith untuk tokoh bukan Muslim berkata walaupun menerima pelbagai tohmahan pihak tertentu yang kurang senang dengan gerakan beliau membantu Islam, beliau tidak pernah mengendahkannya.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam (tiga, kanan) menyampaikan Anugerah Ibnu Uraiqith kepada penerima tokoh bukan Muslim, Teh Hock Cheng (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 Masihi di Dataran Pusat Islam di sini hari ini. Pada majlis itu, sebanyak 13 anugerah tokoh Maal Hijrah menerima pengiktrafan berkenaan. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (tiga, kanan). –fotoBERNAMA
MELAKA: Perbezaan agama bukan penghalang bagi penerima tokoh Maal Hijrah Melaka Teh Hock Cheng terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial melibatkan Islam di negeri itu sejak 38 tahun lepas.
Teh, 59, yang merupakan penerima Anugerah Ibnu Uraiqith untuk tokoh bukan Muslim berkata walaupun menerima pelbagai tohmahan pihak tertentu yang kurang senang dengan gerakan beliau membantu Islam, beliau tidak pernah mengendahkannya.
Pengarah sebuah syarikat perusahaan makanan itu berkata gerakannya membantu pembangunan Islam di Melaka adalah mengikut kata hati dan ikhlas tanpa sebarang niat tersembunyi.
“Saya sentiasa bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta sering turut serta dalam pelbagai program anjuran mereka secara langsung atau tidak langsung.
“Apa yang saya mahukan ialah untuk mengetahui lebih mendalam tentang agama Islam untuk kerohanian dan kesejahteraan diri saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 Masihi di Dataran Pusat Islam di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai berjumlah RM3,000 disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Penerima anugerah utama tokoh Maal Hijrah Datuk Hasnah Salam, 68, berkata beliau terkejut dimaklumkan dipilih sebagai penerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq pada saat akhir, namun menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan buat kaum wanita.
Pengerusi Yayasan Angin Ahmar Melaka itu berkata beliau tidak pernah jemu memberikan pandangan, nasihat serta bantuan yang diperlukan khususnya dalam memastikan pembangunan Islam dapat bergerak seiring kemajuan semasa.
“Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada mana-mana pihak tetapi anugerah hari ini amat bermakna buat saya dan untuk wanita lain di luar sana kerana dipilih sebagai penerima utama tokoh Maal Hijrah tahun ini,” katanya yang aktif dalam bidang politik dan badan bukan kerajaan sejak lebih 30 tahun lepas.
Beliau menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai RM10,000.
Terdahulu, Sulaiman dalam ucapannya berkata umat Islam hari ini perlu menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti umat Islam terletak pada tangan umat Islam sendiri.
Justeru, beliau berkata banyak aspek perlu diberi penekanan terhadap umat Islam terutamanya melibatkan krisis moral dan tunjuk ajar yang berterusan khususnya melibatkan nilai keagamaan perlu diberikan agar mereka dapat membezakan perbuatan yang tidak sepatutnya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.