JANGAN HINA, PERSENDA AGAMA ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA – AGONG
Beta khuatir perbuatan sedemikian bakal menyemarakkan api perkauman dan meruntuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang telah terbina semenjak sekian lama.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya rakyat jangan sesekali memperkecil, menghina dan mempersendakan agama semata-mata atas nama kebebasan bersuara.
Seri Paduka juga menuntut agar kesucian semua agama dipelihara dan dihormati pada setiap masa.
“Agama bukanlah merupakan satu perkara untuk bergurau senda dan dijadikan bahan jenaka.
“Beta khuatir perbuatan sedemikian bakal menyemarakkan api perkauman dan meruntuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang telah terbina semenjak sekian lama,” titah baginda sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2011M dan majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam tadi.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis itu juga dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad serta Jemaah Menteri.
Mengambil keberkatan kedatangan tahun baharu Hijrah ini, Al-Sultan Abdullah menyeru seluruh rakyat untuk memelihara nikmat dan rahmat negara yang merdeka dan berdaulat ini.
“Semoga Allah SWT menyinari hati dan sanubari kita dengan semangat perdamaian, menghindari dari sifat-sifat yang boleh mengundang perpecahan dan melindungi negara yang disayangi ini dari sebarang musibah dan bahaya,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah sesuai dengan tema sambutan Ma’al Hijrah tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’, peristiwa Hijrah Rasullullah SAW perlu dijadikan panduan untuk membina sebuah negara yang stabil dan gemilang.
Seri Paduka bertitah susulan daripada peristiwa agung itu, telah lahir sebuah negara Islam yang menjadi titik tolak perkembangan dan penyebaran agama Islam ke seluruh dunia.
Al-Sultan Abdullah bertitah pembinaan Madinah, merupakan realiti sebenar perpaduan dan kesatuan masyarakat majmuk sebuah negara Islam yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia.
“Kesatuan tersebut berjaya dicapai menerusi kesepakatan semua kaum dan agama untuk hidup bernaung di bawah pemerintahan yang berteraskan kepada Piagam Madinah,” titah Seri Paduka.
Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah usaha hendaklah dirangka, supaya seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup bersatu padu, aman dan makmur bernaung di bawah Raja Pemerintah yang berdaulat dan menjulang prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Menghayati sirah Rasullulah SAW, Seri Paduka bertitah kesatuan sebuah masyarakat majmuk boleh dicapai dengan menghormati dan memahami kepelbagaian yang sedia.
Yang di-Pertuan Agong bertitah tuntutan hijrah pada hari ini bukan hanya bermaksud perpindahan tetapi ia melibatkan transformasi minda bagi membentuk budaya hidup berteraskan kepada moral dan etika.
“Sebenarnya sifat berburuk sangka, iri hati dan sentiasa mencari kesalahan orang lain adalah merupakan sifat tercela yang dimurkai oleh Allah SWT.
“Sifat-sifat ini membawa kesan-kesan negatif yang boleh mengaburi prinsip keadilan dan kesaksamaan sehingga akhirnya meruntuh serta memecah belah kesatuan ummah dan menghapuskan sejarah tamadun negara,” titah Seri Paduka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests